Monday 5 December 2011

zirafah



zirafah (Giraffa camelopardalis) adalah mamalia berkuku genap (even-toed ungulate), yang tertinggi dalam semua spesies daratan. Zirafah jantan mampu mencecah ketinggian sehingga 4.8 hingga 5.5 meter (16 hingga 18 kaki) dengan berat sehingga 900 kilogram (2,000 poun). Zirafah betina biasanya rendah sedikit dan lebih ringan. Dalam keluarga Zirafah, hanya terdapat dua spesies, iaitu Okapi dan Zirafah.
Zirafah merupakan haiwan mamalia yang tempatan di kawasan padang rumput savana kering, tetapi zirafah meragut jauh lebih tinggi berbanding haiwan lain. Diet Zirafah kebanyakannya daun meragut acacia dan aprikot liar, selain pucuk, buah dan tumbuhan yang lain. Kebanyakan pokok seperti acacia telah membangunkan strategi tumbuh tinggi dan mempunyai duri tajam dan panjang bagi mengelakkan dimakan haiwan. Zirafah pula membentuk gabungan ciri-ciri seperti leher yang panjang, lidah, tengkorak, pipi dan bahu yang panjangmembolehkan ia mencapai tinggi dipuncak pokok. Biasanya dahan kecil ditarik masuk kedalam mulut zirafah dengan menggunakan lidahnya yangpanjang dan kemudiannya kepalanya ditarik sementara daunnya disisir melalui giginya yang jarang seperti penggerat.

Arnab



 kelinci merupakan sejenis haiwan mamalia yang tergolong dalam famili Leporidae yang tergolong dalam order Lagomorpha. Arnab mudah dikenali dengan telinganya yang panjang dan tirus, gigi acip tengah yang ketara dalam mulut, kaki belakangnya yang besar berbanding kaki depan, serta ekornya yang pendek. Arnab boleh hidup secara liar mahupun dijadikan haiwan peliharaan atau ternakan yang memberikan sumber makanan kepada manusia.

Dalam bahasa Melayu, perkataan "arnab" berasal dari bahasa Arab, iaitu arnab[1] (أرنب). Perkataan "kelinci" pula lebih banyak digunakan dalam bahasa Indonesia, dan berasal dari bahasa Belanda, yakni istilah konijntje yang bererti "anak arnab".[2] Apapun, ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat Nusantara mula mengenali arnab atau kelinci daripada perdagangan antarabangsa pada zaman silam, padahal di Pulau Sumatera ada satu spesies arnab asli (Nesolagus netscheri) yang baru ditemui pada tahun 1972.[3] Nama saintifik famili "Leporidae" pula berasal dari perkataan lepus, iaitu arnab dalam bahasa Latin.

Beruang Polar

(Ursus maritimus), adalah mamalia besar dalam aturan maging, keluarga biologi Ursidae. Ia adalah spesies circumpolar yang terdapat di dan sekitar Lautan Artik. Ia adalah haiwan maging mamalia daratan terbesar. Beruang Polar dewasa jantan seberat antara 400 hingga 600 kilogram dan kadang kala melebihi 800 kilogram. Beruang Polar betina sekitar separuh berat beruang jantan dan biasanya seberat antara 200 hingga 300 kilogram. Beruang jantan dewasa sepanjang 240 hingga 260 sentimeter dan beruang betina antara 190 hingga 210 sentimeter. Ketika baru lahir, bayi beruang seberat 600 hingga 700 gram.